Tuesday, November 24, 2009

Assalamualaikum

Hari ini aku ada program ofis kat Kesedar Inn, Gua Musang..betapa hatiku gembira melihat mereka-mereka yang hidup dalam serba kekurangan mendapat bantuan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Aidiladha.

Bercerita tentang sambutan hari raya Aidiladha...InsyaALLAH aku akan bertolak balik petang esok (26 November 2009). Nampaknya kali ni aku terpaksa memandu bersendirian la...sedih gak sebab balik raya sorang2....tapi x pelah mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya...amin.

Mood aku pagi ni...



ceria-ceria selalu k!

Sunday, November 22, 2009

Permata Hatiku....selama-lamanya

Assalamualaikum

Di sini ingin kuabdikan gambar mereka-mereka yang amat bermakna dalam hidupku...

Ma dan Ayah...Semoga ALLAH melindungimu selama-lamanya



Adik-adikku




Kembarku



Adik bongsuku yang disayangi




My First Entry....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya gak buat blog sendiri...selama ni kekangan masa yang ada tidak mengizinkan aku untuk mempotretkan pelbagai peristiwa yang berlaku namun InsyaALLAH selepas ni akan ada catatan demi catatan hehe..